Tak semua perkara boleh dijadikan bahan lawak, tambahan apabila ia melibatkan fizikal.

Terbaru, Key dan Taemin SHINee telah dikritik ramai terutamanya peminat antarabangsa mereka kerana didakwa mempermainkan warna kulit Minho.
Dalam klip yang dimuat naik di laman YouTube SHINee, mereka bertiga dilihat bersembang di atas katil. Antara usikan mereka berdua mengenai kulit Minho ialah ‘hanya dapat melihat biji mata dan gigi sahaja apabila malam’, ‘kenapa awak semakin gelap’, ‘kalau Minho tutup mata ketika malam, pasti tak nampak apa’ dan lain-lain.
Selepas dihentam ramai, Key dan Taemin dilihat memuat naik permohonan maaf atas keterlanjuran kata-kata mereka,
Saya berasa bersalah dengan orang yang tidak selesa dan sakit kerana tindakan dan kata-kata kurang baik saya. Dari sekarang, saya akan lebih berhati-hati agar tidak menyebabkan rasa tidak selesa kerana kata-kata dan tindakan saya. Saya benar-benar mohon maaf.
Bergurau kena berpada lah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.