Sepertinya SHAWOL tidak dapat melihat Onew dalam comeback akan datang SHINee.
Baru-baru ini, SM Entertainment mengumumkan bahawa Onew atau nama sebenarnya Lee Jin-ki telah mendapatkan rawatan di hospital selepas kesihatan yang merosot. Mengikut nasihat doktor, idola itu akan mendapatkan rawatan perubatan dan rehat secukupnya.
Oleh itu, Onew disahkan tidak akan menyertai konsert akan datang SHINee selain album comeback kali ini akan dipromosikan oleh Key, Taemin dan Minho sahaja.
Ulas mereka,
Kami faham aktiviti promosi SHINee sudah sekian lama dinantikan ahli, peminat dan syarikat kami. Dan kami ingin menekankan bahawa keputusan ini dibuat supaya dapat memastikan SHINee dapat meneruskan aktiviti dengan kesihatan yang baik untuk jangka masa lama. Kami memohon maaf kerana menyebabkan peminat risau dan kami meminta anda memahami sebaiknya untuk kali ini.
Sebelum ini, para peminat turut meluahkan rasa risau apabila fizikal Onew yang kelihatan semakin mengecil dengan dagu yang runcing.
Dalam pada itu, SHINee akan melancarkan lagu pra-rilis ‘The Feeling’ pada 10 Jun sebelum meriliskan album penuh ke-8 ‘HARD’ pada 26 Jun nanti.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉