Ikuti Kami:

“Saya Sepatutnya Kembali Semula..” – Jessi Perjelas Isu ‘Showterview’ Ganti Sunmi Jadi Hos

“Saya Sepatutnya Kembali Semula..” – Jessi Perjelas Isu ‘Showterview’ Ganti Sunmi Jadi Hos

Agak janggal apabila hos yang sekian lama mengendalikan sesuatu rancangan itu digantikan dengan wajah baru.

Walau bagaimanapun, semakin menghairankan apabila hos asal tidak diberitahu bahawa tempatnya sudah diganti kini. Begitulah kisah Jessi yang meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui Sunmi bakal menjadi hos baru ‘Showterview’.

Ulasnya lanjut menerusi satu Instagram Live,

Saya sebenarnya berada di satu fasa dalam hidup… daripada lubuk hati di mana saya tak perlu bercakap mengarut mengenainya. Saya benar-benar mengharapkan terbaik buat Sunmi dan ‘Showterview’. Ya, saya berehat seketika. Kami tak pasti akan kembali semula ataupun tak, kemungkinan besar akan kembali semula. Tiada apa yang diputuskan… tapi rakan saya memberitahu bahawa saya diganti.

Ungkapnya mengenai gaya pengacaraan yang berbeza,

Tapi sejujurnya saya yakin ianya akan berbeza. Satu perkara mengenai ‘Showterview’ ialah ianya tidak mempunyai skrip. Apabila saya diberikan skrip, saya menolaknya dan mahu melakukannya dengan cara saya. Apabila saya mengelola rancangan, saya mahu melayan semua tetamu dengan selesa.

Itu ialah tema ‘Showterview’ dan saya merasakan saya melakukan kerja yang baik. Saya lega orang lain melakukannya kerana ia lebih baik daripada tiada apa-apa. Apa pun, berikan sokongan buat Sunmi dan ‘Showterview’.

jessi showterview

Sepertinya Jessi agak terkilan kerana mengetahuinya dari orang lain namun mengakui bahawa mungkin Sunmi akan membawa sesuatu yang berbeza nanti,

Saya tak tahu dan hanya mendengarnya dari orang lain semalam. Saya tak rasa tersakiti kerana ianya perlu diteruskan. Saya tak mahu ada yang rasa lain mengenainya dan ianya agak menyakitkan kerana sejujurnya ‘Jessi’s Showterview’ ialah ‘Jessi’s Showterview’. Program itu ialah program saya, dan saya yang menghidupkannya.

Mungkin akan ada kandungan baru dan dia (Sunmi) mempunyai personaliti yang baik. Beri peluang kepadanya ianya akan berbeza. Tapi kadang-kadang yang lain itu adalah lebih baik.

Jessi juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang ‘selamat’,

Ianya akan berlainan kerana dia agak konservatif. Mungkin kandungan saya tidak cukup, mungkin mereka perlukan sesuatu yang lembut atau selamat. Untuk saya, saya bukan seorang yang selamat.

Apa pun, penyanyi itu meminta berulang kali agar menyokong Sunmi dan ‘Showterview’ nanti.

Mungkin ada peluang lebih baik buat Jessi nanti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...