Hampir setahun menghiburkan penonton dan tetamu, Jessi menyampaikan khabar sedih apabila mendedahkan bahawa dia mahu berehat seketika daripada program “Showterview” baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, penyanyi wanita itu berjanji akan kembali semula bersama rancangan berkenaan apabila sudah bersedia dan berada dalam keadaan mental yang lebih sihat nanti.
Diam tak diam, wakil dalam industri berkongsi bahawa penyanyi Sunmi telah dilantik menjadi hos baru “Showterview” dan sudah pun selesai menjalani rakaman episod pertama beberapa hari lalu. Khabarnya, episod pertama bersamanya akan disiarkan sekitar Julai nanti.
Mendengarkan pengumuman ini, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dengan SBS kerana mengenepikan kerja keras Jessi sepanjang mengacarakan “Showterview”. Malah rancangan itu boleh dikatakan popular kerana cara pengacaraan unik dan bebas penyanyi itu selain membuatkan tetamu selesa dari awal lagi.
Lebih mengejutkan apabila Jessi sepertinya tidak tahu mengenai pelantikan Sunmi sebagai hos baru apabila dia membalas komen peminat di Instagram.
Kongsinya,
Saya tak tahu tapi selamat berjaya buat mereka.
Pendedahan ini membuatkan peminat kesal memandangkan Jessi sangat menyayangi program berkenaan.
Kesian Jessi..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.