Ikuti Kami:

“Saya Senior Awak…” – Kim Woobin Kononnya Letak ‘Batas’ Dengan Ryu Junyeol

“Saya Senior Awak…” – Kim Woobin Kononnya Letak ‘Batas’ Dengan Ryu Junyeol

Sebelum ini kita sering membaca bagaimana Kim Woo-bin sangat menghormati orang sekelilingnya bahkan orang asing yang tidak dikenalinya. Namun, baru-baru ini, dia dikatakan meletakkan ‘batas’ di antara dirinya dan pelakon, Ryu Jun-yeol. Betul ke?

Terbaru, para pelakon filem “Alien” iaitu Kim Woo-bin, Kim Tae-ri dan juga Ryu Jun-yeol tampil dalam satu sesi temu bual bersama 1st Look, dalam “Internal Noise MAX! The ‘Alien’ Friends Who Love Each Other So Much.”

Menerusi sesi temu bual tersebut, turut tampil barisan pelakon lain, pengarah dan juga beberapa orang penting di sebalik filem “Alien”. Namun, yang paling menarik perhatian, apabila Kim Woo-bin menyatakan sesuatu kepada Ryu Jun-yeol.

Dalam temu bual tersebut, mereka bertiga sempat menguji keserasian mereka menerusi permainan “Tiki-Taka”. Apabila mereka ditanya,

Orang lain akan menyelamatkan saya sebagai siapa?

Lalu, Ryu Jun-yeol dengan yakin berkata,

Saya rasa saya pasti dapat meneka semua soalan dengan betul!

Dia menyambung jawapannya sambil ditujukan kepada Kim Woo-bin,

Saya rasa Kim Woo-bin akan selamatkan saya sebagai Ryu Jun-yeol ‘hyung’. Saya tak rasa dia akan memanggil saya, ‘senior’. 

Kemudian, Kim Woo-bin menjawab,

Kamu bukan ‘senior’ saya! Saya yang ‘senior’ kamu!

kim woobinRyu Jun-yeol berasa amat terkejut sambil tertawa,

Itu agak ‘kasar’ ya!

Kim Tae-ri juga tidak terlepas daripada menjawab persoalan tersebut. Dia juga turut tertawa bersama mereka dan mencelah,

Kita hanya beza sejauh beberapa bulan sahaja. Awak kira ke? 

Ryu Jun-yeol malah cuba untuk meredakan keadaan dengan menjelaskan jawapannya.

Lah,nasib baik gurau je…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...