Ikuti Kami:

“Susah Bawa 4 Watak Dalam Satu Masa” – Kim Woobin Kongsi Kerisauan Bawa Watak Dalam ‘Alien’

“Susah Bawa 4 Watak Dalam Satu Masa” – Kim Woobin Kongsi Kerisauan Bawa Watak Dalam ‘Alien’

Kembalinya Kim Woo-bin ke industri setelah sekian lama sangat mengujakan ramai pihak. Terbaru, Kim Woo-bin bakal sertai filem “Alien” selepas 6 tahun lamanya. Ini betul-betul comeback!

Dalam satu sidang media filem aksi fantasi “Alien” , dilihat beberapa barisan pelakon yang menerajui filem tersebut hadir di Seoul baru-baru ini. Antaranya ialah Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yeom Jung-ah, Kim Eui-sung dan juga pengarah Choi Dong-hoon. alienoidKim Woo-bin yang bakal membawa watak dalam “Alien” sebagai “Guard”, yang mengurus dan mengiringi banduan makhluk asing. Dengan karisma yang unik, dia dengan sempurna menggambarkan penampilan garang wataknya ketika menghadapi krisis yang disebabkan oleh banduan makhluk asing yang cuba melarikan diri dari penjara. Menerusi sidang media tersebut, Kim Woo-bin sempat meluahkan rasa khuatirnya mengenai watak yang akan dibawa.

Ia benar-benar sukar apabila saya memainkan empat watak pada masa yang sama. Untuk menggambarkan empat identiti berbeza, saya cuba untuk mempamerkan tenaga berbeza setiap satu sehabis baik.

Dia menambah,

Sememangnya saya berlakon di bawah arahan pengarah hebat tetapi saya mahu menunjukkan sifat watak tersebut dengan baik supaya perbualan antara watak tidak membosankan.

kim woobinKim Woo-bin ketawa dan menyambung,

Jika saya benar-benar boleh bertemu makhluk asing, saya akan meminta mereka untuk menyertai bahagian 3 filem ini. Saya seorang yang ingin tahu, jadi saya fikir saya akan cuba bercakap dengan mereka, kalau boleh.

Wah, berat jugak ek watak Kim Woo-bin kali ini… kena lakonkan 4 watak kot…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...