Ikuti Kami:

“Saya Senang Berkawan Dengan Rowoon SF9 & Ahn Hyoseop” – Lee Jaewook

“Saya Senang Berkawan Dengan Rowoon SF9 & Ahn Hyoseop” – Lee Jaewook

Sedih ek hari itu pelakon ini tak jadi datang Malaysia…

Kalau korang minat K-Drama, korang mesti tahu yang “Alchemy Of Souls” akan kembali dengan musim terbaru kan? Baru-baru ini, teraju utamanya, Lee Jae-wook, tampil dalam satu sesi temu bual bersama 1st Look Magazine!lee jaewookMelihat kepada musim terbaru “Alchemy Of Souls”, Lee Jae-wook berkata,

Selepas selesai “Alchemy Of Souls” bahagian pertama, saya cuma ada masa seminggu sahaja untuk menyusun semula semua jadual saya. Dek kerana masa berlalu dengan cepat, saya tidak dapat mengumpul kekuatan untuk membawa watak Jang Wook untuk tiga tahun kemudiannya. Sebab itu juga, penggambaran berlaku dengan sangat perlahan, malah mereka semua juga memahami kerana proses itu agak sukar dan watak saya kali ini mencabar. 

Dalam mendalami watak Jang Wook, Lee Jae-wook berkata,

Saya rasa watak Jang Wook dalam musim kedua ini, lebih menyerupai saya. Dalam drama ini, banyak babak yang menunjukkan Jang Wook gemar minum sendirian, sama juga seperti saya. Saya akan minum ketika sedang uruskan jadual dan sebagainya, tak perlu tunggu ada sesuatu istimewa. 

lee jaewookMenerusi drama “Alchemy Of Souls”, watak Jang Wook mempunyai Mu Deok sebagai orang yang dipercayainya. Begitu juga Lee Jae-wook dalam kehidupan sebenar,

Saya ada beberapa orang rakan yang saya percaya. Tapi, yang paling saya senang bersama adalah Rowoon SF9, yang sebelum ini pernah berlakon bersama saya dalam “Extraordinary You”. Kami ada banyak persamaan dan senang untuk diajak berbual. Dia adalah rakan yang sentiasa buat saya rasa bersyukur. Ahn Hyo-seop juga begitu. Kami sering bertemu dan minum bersama. 

Tiga serangkai yang handsome ni…

Untuk pengetahuan, “Alchemy Of Souls” musim kedua akan mula ditayangkan pada 10 Disember ini. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...