Ikuti Kami:

“Saya Semakin Suka Dia” – Pyo Yejin Akui Lee Jehoon Lelaki Idamannya

“Saya Semakin Suka Dia” – Pyo Yejin Akui Lee Jehoon Lelaki Idamannya

Sweet betul bila tengok Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin bergandingan dalam “Taxi Driver” kan?

Menerusi episod terbaru “My Ugly Ducklings”, Pyo Ye-jin telah dijemput sebagai tetamu dan turut sempat berkongsi pelbagai kisah mengenai kehidupan peribadinya.

Apabila disuruh memilih antara rakan pelakon iaitu Park Hyung-sik (“Our Blooming Youth”) dan Lee Je-hoon (“Taxi Driver”) yang mahu digandingkan bersama lagi, jawab Pyo Yejin yakin,

Sejujurnya, saya sering menyebut Lee Je-hoon sebagai lelaki idaman sejak dahulu lagi, pada ketika filem ‘Architecture 101’ ditayangkan.

pyo yejin

Seo Jang-hoon kemudian bertanya perasaan wanita itu dapat berlakon bersama Lee Je-hoon,

Saya berasa bersalah dan malu apabila pertama kali bertemu Lee Je-hoon di set penggambaran. Saya terasa seperti dia mengetahuinya.

Jawab Pyo Ye-jin apabila dipersoal sama ada lelaki idamannya sudah berubah kini,

Tak, saya semakin sukakan dia selepas mengenalinya. Saya cuba berlagak seperti tidak menyukainya namun saya sendiri berasa malu dengan kenyataan itu.

pyo yejin

Sweet!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...