Ikuti Kami:

“Dia Berharga..” – Sepadan Dalam ‘Taxi Driver’, Pyo Yejin Jawab Gosip Percintaan Bersama Lee Jehoon

“Dia Berharga..” – Sepadan Dalam ‘Taxi Driver’, Pyo Yejin Jawab Gosip Percintaan Bersama Lee Jehoon

Selama dua musim ditayangkan, rata-rata penonton sebenarnya menyokong hubungan antara watak Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin di dalam “Taxi Driver”.

Sudah pun melabuhkan tirai kelmarin, Pyo Ye-jin sempat menyertai satu tembual rasmi bersama media bagi menceritakan dengan lebih lanjut mengenai musim kedua siri popular itu.

Paling menarik perhatian ramai, sudah tentu lah mengenai hubungan bersama Lee Je-hoon. Katanya,

Je-hoon oppa ialah seorang yang boleh diharap. Dengan hanya adanya, saya berasa selamat. Tambahan pula, ketika saya perlu berlakon sebagai pasangan berkahwin bersamanya di mana dia bersedia dengan lebih mendalam berbanding apa yang saya jangkakan.

pyo yejin

Jelasnya lagi, lelaki itu adalah seorang yang suka bergurau dan peramah. Malah, Lee Je-hoon juga memiliki kecomelan yang tak dijangka.

Disebabkan oleh keserasian yang ‘mantap’, ada yang bertanya adakah Lee Je-hoon dan Pyo Ye-jin sebenarnya bercinta kerana pandangan manis antara mereka. Jawab wanita itu,

Disebabkan saya watak sampingan, saya mahu lakukan sebaik mungkin. Awalnya, saya bertanya ‘Nak lingkarkan tangan boleh?’. Tapi apabila masa berlalu, saya secara semula jadi akan bersama dengannya. Saya melakukan semampu boleh.

Nak dorang bersama!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...