Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Taxi Driver 2’ Raih Rating Lebih 20%, Beri Hint Musim Ketiga?

Episod Akhir ‘Taxi Driver 2’ Raih Rating Lebih 20%, Beri Hint Musim Ketiga?

Sedihnya rasa apabila drama kegemaran ramai iaitu “Taxi Driver 2” telah pun menamatkan siaran kelmarin.

Untuk pengetahuan, “Taxi Driver” membawa kisah sekumpulan hero gelap yang membantu penumpang mereka untuk membalas dendam.

[Amaran SPOILER]

Untuk episod akhir ini, pasukan Rainbow Taxi akhirnya berjaya menewaskan Golden Society dan On Ha-joon (Shin Jae-ha). Walaupun dibenci namun kenyataan kehidupan yang perlu dilalui lelaki itu nyata menyedihkan apabila dia sebenarnya bukanlah kehilangan ibu bapa malah dia merupakan mangsa culik dan merupakan punca disebalik kematian ayahnya sendiri.

Selepas kejayaan kumpulan itu, mereka kembali ke rutin harian setahun kemudian di mana Kim Do-ki (Lee Je-hoon) menjalani siasatan di markas ketenteraan dek kematian seorang askar yang dikatakan membunuh diri.

sbs taxi driver 2

Jangkaan tinggi diletakkan untuk musim ketiga apabila lelaki itu bertemu mata dengan watak Moon Chae-won namun tidak mengendahkannya sekaligus memberikan klu sepertinya mereka berdua ada sejarah bersama.

Dalam pada itu, ayat ‘selagi telefon berdering, operasi akan diteruskan’ yang ditayangkan pada penghujung siaran membuktikan bahawa siri itu berkemungkinan besar akan kembali nanti.

Lebih membanggakan apabila episod akhir siri SBS itu berjaya mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan apabila merekodkan catatan sebanyak 20.1%. Wow!

Okay tak ending?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...