Ikuti Kami:

Capai Rating Tertinggi, Episod Baru ‘Taxi Driver 2’ Sasar Kes Seungri & Skandal Burning Sun?

Capai Rating Tertinggi, Episod Baru ‘Taxi Driver 2’ Sasar Kes Seungri & Skandal Burning Sun?

Saban episod, “Taxi Driver 2” pastinya tidak gagal menyampaikan pelbagai kes yang membuatkan darah ramai penonton menggelegak.

Terbaru, siaran episod ke-12 drama SBS itu berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang tayangan sebanyak 18.3% bahkan kawasan Seoul mencapai purata rating sebanyak 19.4%.

Kes kali ini nyata menjadi bualan ramai dek persamaan dengan isu dunia realiti yang pernah berlaku beberapa tahun lalu di Seoul. Ianya bermula apabila Kim Do-ki (Lee Je-hoon) telah menyaksikan jenayah berat semasa menyamar sebagai pengawal keselamatan di kelab Black Sun dan disyaki mempunyai kaitan dengan Oh Ha-joon (Shin Jae-ha).

sbs taxi driver 2

Dek nama yang seakan sama dengan skandal Burning Sun yang berlaku pada 2019, penonton menebak episod ini menyasarkan isu berkenaan yang mengejutkan Korea dek pelbagai jenayah yang berlaku termasuklah pelacuran, penggelapan wang, rasuah pihak polis, salah guna dadah dan banyak lagi.

Malah kes ini yang turut berkaitan dengan salah laku merakam hubungan seksual wanita tanpa kebenaran turut melibatkan beberapa selebriti seperti bekas ahli BIGBANG, Seungri di mana dia juga merupakan salah seorang pengarah di kelab berkenaan. Malah nama Victory yang digunakan watak di dalam episod “Taxi Driver 2” ini dikatakan turut ditujukan buat bekas idola tersebut memandangkan namanya dalam bahasa Korea memberikan maksud yang sama.

burning sun seungri

Walau bagaimanapun, ia hanyalah tebakan penonton sahaja memandangkan kes jenayah di kelab merupakan satu kejadian yang normal dan biasa dilihat di Korea.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...