Ikuti Kami:

‘Taxi Driver 2’ Atasi Rekod Rating Terbaik Musim Pertama

‘Taxi Driver 2’ Atasi Rekod Rating Terbaik Musim Pertama

Sebenarnya agak sukar bagi sesebuah drama untuk mendapat reaksi yang sama untuk musim keduanya.

Namun tidak buat “Taxi Driver” apabila musim keduanya ini terbukti lebih dinantikan oleh penonton berdasarkan rating tinggi yang dicapainya. Untuk episod ke-10 yang bersiaran kelmarin, siri SBS itu mencapai rating tertinggi iaitu 17.7% sekaligus turut mengatasi catatan terbaik semasa musim pertama iaitu 16%.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, meskipun berjaya menyelesaikan kes melibatkan doktor yang menipu mengenai pembedahan namun lelaki itu menghadapi krisis tak dijangka di penghujung episod. Sedar diekori, Kim Do-ki walaubagaimanapun membuatkan penonton terkesima apabila teksi dinaikinya meletup dek dianiaya penjahat.

sbs taxi driver 2

Untuk pengetahuan, “Taxi Driver” yang diadaptasi daripada drama membawa kisah kumpulan Rainbow Taxi yang membantu penumpang membalas dendam buat penjahat yang mementingkan diri.

Best lah musim ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...