Sudah beberapa kali bekerjasama, peminat pastinya makin teruja ingin lihat gandingan Lee Jun-ho bersama Yoon-a dalam drama “King the Land”, kan?
Bagi yang belum tahu, “King the Land” mengisahkan tentang waris chaebol bernama Goo-won (Lee Jun-ho) yang tidak tahan dengan senyuman palsu. Dia bertemu Cheon Sa-rang (Yoon-a) yang sentiasa dilengkapi dengan senyuman yang cerah walaupun dia tidak mahu kerana sifat profesionnya dan bersama-sama, mereka berdua mencari hari bahagia di mana mereka boleh tersenyum dengan ikhlas bersama-sama.
Terbaru, ahli 2PM itu telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tayangan drama tersebut tak lama lagi. Meningkatkan jangkaan penonton, Lee Jun-ho mengulas tentang keserasiannya bersama Yoon-a dalam drama berkenaan dengan berkata,
Yoon-a ialah penyanyi yang saya kenali sejak saya muda, jadi saya selesa dengannya. Keintiman dalaman adalah tinggi tetapi apabila saya memilih untuk sertai projek ini, saya meanggap dia sepenuhnya sebagai seorang pelakon.
Jelas pelakon “The Red Sleeve” itu lagi,
Imej kami kelihatan sesuai dan saya juga berfikir ‘Saya perlu berlakon dengan baik’ sebagai pelakon. Keserasian kami juga bagus. Saya rasa ia akan menjadi drama yang boleh dinikmati dengan menyeronokkan.
Sementara itu, “King the Land” telah dijadualkan untuk tayang di JTBC pada separuh pertama 2023 ini.
Sama-sama kita tunggu!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉