Ikuti Kami:

“Saya Selalu Minta Bantuan Song Jihyo Bila..” – Haha

“Saya Selalu Minta Bantuan Song Jihyo Bila..” – Haha

Dalam ramai-ramai ahli “Running Man”, Haha dan Song Ji-hyo merupakan antara yang rapat dan menggelarkan diri mereka sebagai ‘adik-beradik Mapo’.

Bahkan keutuhan hubungan itu terbukti apabila Haha meminta bantuan pelakon wanita tersebut semasa siaran Twitch di mana pelawak itu bermain permainan atas talian bersama beberapa pemain lain.

Ingin memenangi pemain bola terbaik, lelaki itu meminta ‘tuah’ Song Ji-hyo untuk memilih  terbaik yang mereka.

Awak banyak tuah kan?

Dengan pilihan wanita itu, Haha dan yang lain berjaya mendapat pemain dengan harga 360 bilion won.

Tidak menyangka nasib baik itu, lelaki itu berterusan mengucapkan terima kasih buat Song Ji-hyo dan berjanji akan membelanjanya makan ketika penggambaran “Running Man” nanti,

Kalian percaya cakap saya kan? Saya dah cakap… Kalau nak minta apa-apa, mesti saya akan tanya Song Ji-hyo dulu.

Dalam pada itu, Haha turut menyebut ingin membawa Song Ji-hyo dalam rakaman Twitch jika berpeluang nanti sekaligus mendapat sorakan pemain yang lain.

Wow!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...