Ada sebab mengapa Song Ji-hyo menjadi igauan ramai peminat lelaki dan dijadikan idola wanita di luar sana.
Walaupun jarang mendedahkan aktivitinya di luar jadual seni namun pastinya ada sahaja yang akan nampak wanita itu walaupun dia cuba menyembunyikan identitinya. Terbaru, ramai terjumpa Song Ji-hyo di Hong Kong di mana dia melawat ibu pejabat jenama Glutanex di sana.
Yang mengujakan ialah apabila wanita itu dilihat senang bersiar-siar di serata kawasan itu selain tidak kisah menyapa peminat yang meminta untuk bergambar dengannya.
JIHYO IN HONGKONG PART 2
her out of the country fits never miss 🔥🔥🔥#SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/PRl1x1rzol
— jihyoyah’s tattoo ❅ (@suyeounie) June 14, 2023
Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum melihat penampilan kasual Song Ji-hyo. Meskipun kelihatan ringkas namun ianya tidak mampu menyembunyikan fizikal pelakon itu yang seksi.
Cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉