Korang dah tonton belum episod Song Ji-hyo menjadi tetamu di saluran YouTube milik Ji Suk-jin?
Pelbagai cerita dikongsi, penonton dan Ji Suk-jin ternyata meluahkan rasa kagum kerana pelakon wanita itu yang tidak segan untuk tampil tanpa sebarang solekan untuk rakaman itu. Tanya ahli tertua “Running Man” tersebut,
Awak okay ke muncul tanpa sebarang solekan? Awak kan pelakon..
Jawab Song Ji-hyo,
Saya okay sahaja..
Apabila Ji Suk-jin bertanya sama ada ini kali pertama dia tampil tanpa sebarang solekan, nafi Song Ji-hyo,
Saya selalu muncul di ‘Running Man’ tanpa solekan.
Tanya lelaki itu sekali lagi sama ada Song Ji-hyo tak kisah muncul ‘bare-face’, jawabnya,
Saya tak kisah tapi tak pasti jika penonton kisah atau tidak.
Dalam pada itu, pelakon wanita tersebut mengatakan bahawa dia sering bergerak dengan menggunakan kereta apa bawah tanah ke mana-mana. Tanya Ji Suk-jin,
Tak ada orang yang perasan ke?
Jelasnya, ramai kini yang lebih senang bermain telefon ketika di dalam gerabak sama sepertinya lantas rata-rata tak perasan kehadirannya.
Melihat sikap ‘cool’ Song Ji-hyo, Ji Suk-jin terus membanjiri wanita itu dengan pujian dek tidak terlalu risaukan imej di khalayak ramai.
Cool kan Song Ji-hyo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.