“Saya Ditarik” – Song Jihyo Dedah Kisah Sebalik Tabir Momen ‘Lejen’ Lompat Dari Menara Macau
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Rasanya kalau sebut Song Ji-hyo, mesti ramai teringat mengenai kisahnya melompat daqri menara Macao dengan ketinggian 233m dalam salah satu episod “Running Man” dahulu kan?
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru di saluran YouTube milik Ji Suk-jin, pelakon wanita itu telah berkongsi kisah sebenar yang terjadi di sebalik momen hebat tersebut.
Menurut Ji Suk-jin, pengarah yang bertanggungjawab pada ketika itu ada memujuknya untuk melompat dan berjanji akan menyediakan montaj hebat bagi mengiringi terjunan tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menolaknya dengan alasan tidak berani untuk melompat dari tempat yang tinggi.
Tiada seorang ahli lelaki pun nak lompat kecuali awak..

Ulas Song Ji-hyo pula,
Saya hampir tertidur semasa memakai alatan keselamatan. Saya menunggu sejam setengah, jadi saya sangat penat. Kita pun tak dapat tidur sangat ketika di Macao.
Tambahnya,
Apabila mereka menyambung tali bungee itu, saya tak mampu menahan beratnya.

Celah lelaki itu,
Awak ditarik oleh tali itu?
Jelasnya,
Separuh separuh. Kalau awak tengok rakaman itu, saya asyik bergerak sedikit demi sedikit ke hadapan. Apabila penjaga di situ melepaskan tali, saya tertarik ke hadapan.

Ji Suk-jin juga meminta Song Ji-hyo memilih sama ada ingin memilih Nevis Swing ataupun menara Macao sekiranya perlu melakukannya lagi. Katanya tanpa ragu-ragu,
Nevis Swing.
Berani kan Song Ji-hyo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




