Ikuti Kami:

“Saya Sedih..” – Yeonjun TXT Dedah Cabaran Menjadi Kumpulan K-Pop Lelaki

“Saya Sedih..” – Yeonjun TXT Dedah Cabaran Menjadi Kumpulan K-Pop Lelaki

Kenapa sedih-sedih ni Yeon-jun?

Yeon-jun TXT merupakan tetamu terbaharu di rancangan bual bicara “Bam’s House” milik salah seorang ahli GOT7 iaitu BamBam. Dimana didalam rancangan ini, mereka telah membicarakan beberapa perbezaan di antara generasi ketiga dan keempat di dalam dunia K-Pop.

BamBam telah membuat penampilan sulung bersama dengan GOT7 pada tahun 2014 sebagai salah satu kumpulan generasi ketiga K-Pop, manakala Yeon-jun debut bersama dengan TXT 5 tahun kemudian, membuatkannya menjadi sebahagian daripada generasi keempat K-Pop.

Bambam mendedahkan bahawa dia merasakan terdapat jurang yang besar di antara generasi kedua dan ketiga berbanding dengan generasi keempat. Jadi, dia ingin tahu apa perasaan Yeon-jun apabila menjadi penyanyi generasi keempat.

yeonjun bambam

Yeon-jun berkata,

Ianya sedikit sukar. Saya rasa bahawa penyanyi kumpulan lelaki kurang mendapat perhatian berbanding dengan penyanyi K-Pop wanita. Jadi, ianya buat saya rasa sedikit sedih.

Kenyataan yang dibuat oleh Yeon-jun itu juga di setujui oleh BamBam sebelum Yeon-jun menyambung lagi,

Saya nak kumpulan lelaki K-Pop untuk muncul dengan lebih banyak dan jadi popular di seluruh dunia.

BamBam yang merasakan perkara yang sama seperti Yeon-jun itu juga telah berkongsi,

Semasa kumpulan saya iaitu GOT7 mula debut, kami juga lapar dengan perhatian orang ramai. Dimana, kami sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan perhatian.

yeonjun

Namun, Yeon-jun juga tidak menafikan bahawa kumpulan wanita banyak mendominasi carta lagu kerana lagu mereka banyak yang bagus tetapi dia terfikir,

Lagu-lagu kumpulan wanita banyak yang seronok sebab itu mereka menguasai carta. Tetapi, kenapa kumpulan lelaki tidak boleh dapatkan perkara yang sama? kumpulan lelaki juga banyak lagu-lagu yang seronok.

Kedua-dua mereka mengatakan bahawa semua kumpulan tidak kira lelaki atau wanita telah bekerja keras jadi mereka juga mahukan perhatian daripada umum. Dalam masa yang sama, mereka berharap agar orang ramai dapat memberikan perhatian kepada kumpulan-kumpulan lelaki K-Pop.

Jom semua kita berikan sokongan dekat kumpulan lelaki K-Pop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...