Tidak dinafikan bahawa kehilangan ibu bapa adalah sesuatu keperitan rindu dan kepiluan yang tidak terkata.
Begitulah yang dirasakan Eun-hyuk SUPER JUNIOR kini, apabila dia telah kehilangan bapanya pada awal September lepas, tepat sebelum konsert jelajah dunia kumpulan di Manila, Filipina. Berita mengejutkan itu telah menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan persembahan di negara tersebut.
Risau tentang kesihatan emosi dan mental idola kesayangan mereka itu, baru-baru ini, Eun-hyuk telah berkongsi tentang cara dia menangani kehilangan bapanya, serta harapan dan rancangannya untuk terus bergerak ke hadapan. Pada awalnya, dia mengaku bahawa masih belum dapat menghilangkan rasa sedih,
Saya masih belum mengatasinya. Malah sekarang, apabila saya bersendirian, air mata saya mengalir. Saya percaya ia akan kekal sebagai lubang di hati saya selama-lamanya. Saya tidak dapat menyatukan fikiran saya walaupun pada masa ini. Nasib baik, ada orang yang benar-benar baik di sekeliling saya. Ahli saya, kakitangan saya, peminat saya…saya hanya bersyukur kerana mereka berada di sini.
Tambah Eun-hyuk lagi,
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ayah saya, saya menyedari bahawa saya mahu berkahwin. Apabila saya melihat peminat kami yang sudah tua bersama kami, membawa anak-anak dan keluarga mereka ke konsert kami, berkongsi kehidupan mereka dengan kami, ia membuatkan saya iri hati. Sekarang ayah saya sudah tiada, saya mahu mempunyai keluarga sendiri dan menunjukkan kepada ibu saya. Walaupun saya tidak tahu ahli SUPER JUNIOR mana yang akan berkahwin dahulu.
Semoga Eun-hyuk kekal tabah..