Ikuti Kami:

“Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira” – Bakal Jadi Bapa, Hyun Bin Luah Rasa Teruja

“Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira” – Bakal Jadi Bapa, Hyun Bin Luah Rasa Teruja

Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Hyun Bin dan Son Ye-jin bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi.

Pada 1 Ogos, Hyun Bin telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berkongsi tentang filemnya akan datang “Confidential Assignment 2: International” dan perasaannya akan menjadi bapa tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Confidential Assignment 2: International” ialah sekuel kepada filem “Confidential Assignment” yang telah mendapat sambutan hebat sebelum ini. Dalam filem sekuel ini, ia akan mengikuti detektif Korea Utara Lim Chul-ryung (Hyun Bin), detektif Korea Selatan Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin), dan ejen FBI Jack (Daniel Henny) yang bekerjasama untuk mengejar tokan dadah yang terkenal.

Hyun Bin berkongsi,

Prekuel itu mendapat banyak cinta. Oleh itu, apabila saya mendengar bahawa sekuel sedang dihasilkan, saya berkata saya hanya akan mengambil bahagian jika pelakon kekal sama. Dan syukur, saya rasa semua orang mempunyai pemikiran yang sama.

son yejin hyun bin

Untuk pengetahuan, beberapa bulan selepas berkahwin dengan Son Ye-jin pada Mac lepas, pasangan itu akan menimang cahaya mata pertama mereka tak lama lagi. Apabila ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, Hyun Bin menjawab,

Saya rasa sama. Tetapi mungkin bagaimana peminat melihat saya telah berubah.

Jelasnya lagi,

Saya perlu hidup susah sebagai bapa. Hakikat bahawa saya mempunyai bayi masih belum melanda saya, tetapi semua orang yang saya tanya memberitahu bahawa ia akhirnya melanda anda apabila anda benar-benar melihat bayi itu. Ia akan menjadi sama untuk saya juga, saya pasti. Namun, ini adalah satu rahmat, jadi saya menunggu dengan gembira.

confidential assignment 2

Dalam pada itu, filem “Confidential Assignment 2: International” akan mula ditayangkan pada 7 September nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...