Pada 16 Ogos hari ini, sidang media bagi filem “Confidential Assignment 2: International” telah diadakan di Seoul.
Untuk pengetahuan, “Confidential Assignment 2: International” merupakan filem yang mengisahkan perjalanan misi antara detektif Korea Utara, Rim Cheol-yeong lakonan Hyun Bin dan juga detektif Korea Selatan iaitu Kang Jin-tae lakonan Yoo Hae-Jin yang bergabung untuk menangkap satu organisasi jenayah global.
Pada awalnya, Hyun Bin menyatakan sebabnya untuk kembali membintangi sekuel filem ini bersama pelakon sama. Jelasnya,
Sejak perbincangan untuk ‘Confidential Assignment 2’ bermula, pada asalnya saya fikir adalah bagus untuk bekerjasama dengan pelakon yang bersama saya pada bahagian pertama. Sebenarnya, pada mulanya, saya fikir saya boleh berlakon sama seperti dalam bahagian pertama.
Selain itu, Hyun Bin dan isterinya Son Ye-jin akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Apabila ditanya sama ada terdapat perubahan yang berlaku selepas dia berkahwin dan bakal menjadi bapa, Hyun Bin menjawab,
Tiada perkara tertentu yang telah berubah disebabkan oleh hal peribadi saya. Perkara yang lebih saya tunggu dan lebih bimbang ialah saya mahu projek saya diterima banyak cinta. Saya bimbang tentang bagaimana penonton akan melihat projek saya. Saya harap anda boleh melihatnya secara positif, kerana saya telah bekerja keras.
Info lain, “Confidential Assignment 2: International” akan mula ditayangkan pada 7 September nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.