Ikuti Kami:

“Saya Sedang Pertimbang” – Joo Won & Pengarah Ulas Kemungkinan ‘Carter 2’

“Saya Sedang Pertimbang” – Joo Won & Pengarah Ulas Kemungkinan ‘Carter 2’

Antara filem paling popular di Netflix kini, ramai yang tak sabar menantikan sambungan “Carter”.

Pelbagai persoalan dibangkitkan sepanjang tayangannya, pelakon dan pengarah filem ini turut berkongsi pandangan mereka sekiranya cerita ini disambung.

Joo Won memaparkan cinta yang dalam buat “Carter”, katanya dia mahu merakamkan bahagian kedua filem ini dengan pengarah Jung Byung-gil lagi,

Saya tahu kami mempunyai suka dan tidak suka yang berbeza dan kami juga mempunyai kekecewaan yang sama. Saya merasakan kami akan dapat merakamkan dengan lebih baik sekiranya ada sambungan lagi. Saya mahu merakam bersama pengarah semula supaya makin kurang rasa suka-benci.

jung byunggil

Kata pengarah Jung Byung-gil pula mengenai sambungan “Carter”,

Kalau ada bahagian kedua, mungkin akan ada kisah Carter ke China dari Russia atau melukis cerita masa lalu lelaki itu dan ejen perisik Amerika. Atau bagaimana dia menjadi perisik di Korea Utara. Saya memikirkan sama ada untuk merakam secara thriller satu-rakaman, dan terdapat pelbagai kemungkinan terbuka yang saya sedang pertimbangkan.

Korang nak tak sambungan “Carter”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...