Ikuti Kami:

“Saya Yakin Bertarung Dengan Hanya Memakai Seluar Dalam” – Joo Won ‘Carter’

“Saya Yakin Bertarung Dengan Hanya Memakai Seluar Dalam” – Joo Won ‘Carter’

“Carter” nyata menjadi tontonan ramai peminat filem Korea kini kerana ianya berjaya menduduki tangga pertama bagi naskhah bukan Inggeris di Netflix kini.

Bukan sekadar kata-kata, tapi babak pertarungan Joo Won di awal filem nyata membuatkan penonton teruja dan terkejut.

Hanya memakai seluar dalam melawan sekumpulan Yakuza di dalam bilik sauna. Komen Joo Won mengenai babak ‘panas’ berkenaan,

Ia merupakan babak dengan memakai seluar dalam ikat sahaja, saya sangat ingin tahu apa bayangan pengarah mengenainya dan saya tahu ianya bakal mempunyai impak.

netflix carter

Ditanya mengapa Carter perlu berlakon babak ganas secara hampir telanjang, ulas pelakon tersebut,

Carter tidak mempunyai sebarang ingatan selepas bangun dari tidur. Dia tidak tahu situasi yang ditemuinya ataupun siapakah dirinya. Berbogel dalam keadaan itu merupakan tenaga penggerak buatnya, seperti ‘Datang ke sini’ dan ‘Awak perlu mengikutinya’. Dengan hanya berseluar dalam, saya merasakan bahawa dia tiada pilihan melainkan mengikuti suara yang hanya boleh didengarinya.

Nampaknya bukan sahaja penonton, malah Joo Won juga mengakui bahawa ibunya sendiri turut terperanjat menonton babak itu.

joo won carter

Dalam pada itu, Joo Won mengakui bahawa dia mempercayai visi pengarah Jung Byung-gil lantas tidak mempersoalkan apa-apa mengenai babak ini.

Bagi pengetahuan, filem ini membawa kisah seorang ejen CIA berdarah Korea-Amerika bernama Carter (Joo Won) yang bangun pada suatu hari tanpa sebarang koleksi memori mengenai masa lalu dan langsung tidak mengingati siapa dirinya. Satu perkara yang boleh diharapkannya ialah suara misteri yang memberikan misi untuk mencari vaksin di mana dalam masa yang sama satu virus membunuh tersebar dari Zon Demilitarasi.

Fuh babak paling diingati ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...