Nampaknya semua orang sedang ‘tangkap cinta’ dengan pemain bola sepak Cho Gue-sung kini.
BACA: ‘Flower Boy’ Baru Korea Selatan! Pemain Bola Sepak Cho Guesung Raih 2 Juta Pengikut Dek Piala Dunia
Malah ianya turut ‘menjangkiti’ Jeon So-min dan wanita itu tidak menyorokkan rasa cintanya buat lelaki itu dalam episod terbaru “Running Man”. Dalam tayangan kali ini, para ahli program tersebut telah berkumpul bagi menyaksikan perlawanan antara Korea dan Ghana di Piala Dunai 2022.
Semasa pemain bola sepak paling ‘hot’ kini iaitu Cho Gue-sung muncul di kaca televisyen, Kim Jong-kook berkata,
Cho Gue-sung pada asalnya ialah pertengahan belakang. Dia pertahanan tapi bertukar kepada penyerang semasa memasuki kolej. Jadi dia bagus menanduk/
Jeon So-min dalam senyap meluahkan perasannya buat lelaki itu,
Tetapi dia teman lelaki saya? Kami sedang bercinta secara rahsia sekarang.. dalam hati.
Bahkan wanita itu berharap agar Cho Gue-sung datang ke “Running Man” sebagai tetamu nanti.
Dia sangat handsome.
Menyambung usikan, Haha bertanya pada Jeon So-min,
Awak ada hubungi Cho Gue-sung tak sebelum perlawanan?
Jawab wanita itu malu-malu,
Saya melakukannya dalam hati.
Sepertinya ikhlas dengan kata-kata itu, Jeon So-min menunjukkan riak wajah yang menyedihkan apabila melihat pemain tersebut disiku di wajahnya oleh pemain Ghana.
Jeon So-min dah ada ‘kekasih’ baru dah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.