Ikuti Kami:

‘Flower Boy’ Baru Korea Selatan! Pemain Bola Sepak Cho Guesung Raih 2 Juta Pengikut Dek Piala Dunia

‘Flower Boy’ Baru Korea Selatan! Pemain Bola Sepak Cho Guesung Raih 2 Juta Pengikut Dek Piala Dunia

Biasanya Piala Dunia bukan sahaja menonjolkan bakat baru dalam dunia bola sepak namun kadang kala visual segelintir juga menjadi perhatian ramai.

Terbaru, bukan sahaja membuktikan kemampuan yang hebat di atas padang namun pemain Korea Selatan dengan jersi no. 9 iaitu Cho Gue-sung terus meniti di bibir ramai kerana wajah yang tampan.

Gol bermakna

Pemain berusia 24 tahun itu mula mengecapi populariti apabila berjaya menyumbatkan gol sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 minit sahaja semasa bertemu Ghana pada 28 November lalu.

cho guesung

Bahkan ketika bertempur dengan Uruguay, Cho Gue-sung terus merebut hati peminat bola apabila berjaya mengawal posisi hadapan dengan baik hingga melayakkan Korea Selatan ke kelayakan separuh akhir.

Bakat terserlah

Untuk pengetahuan, ibu bapa lelaki itu merupakan atlet lantas membuktikan bahawa bakat itu diwarisinya. Kini, dia bermain untuk Jeonbuk Hyundai Motors selepas menjadi pemain bintang di Universiti Gwangju. Malah dia merupakan penjaring gol terbanyak dalam Liga K 1 pada 2022.

Lagi hebat apabila dia bukanlah penyerang ketika di kelab universiti itu tetapi bermain untuk pertahanan tengah di sana. Berbakat kan?

cho guesung

Satu info yang pasti melegakan semua, Cho Gue-sung sudah pun menamatkan latihan ketenteraan di bahagian sukan pertahanan senjata, Gimcheon Sangmu FC. Tak lama kemudian, dia menyertai pasukan kebangsaan tanpa menjangka akan mencipta sensasi di seluruh dunia.

Kian popular

Terbukti popular, pemain ini berjaya mengaut pengikut yang banyak sejak Piala Dunia 2022 bermula apabila pengikut Instagram miliknya melonjak dari 48,000 kepada 2.1 juta kini. Pandai korang!

Tak cukup dengan itu, orang ramai mula mengorek mengenai hal peribadinya apabila mereka mula ‘mengorek’ sekiranya lelaki itu memiliki kekasih. Dari model Jin Min-joo hingga ke kakak Haram dari kumpulan Billllie, mereka bagaimanapun menafikan hubungan cinta dengan Cho Gue-sung selepas khabar angin mula berterbangan sejak kebelakangan ini.

cho guesung ji minjoo

Cho Gue-sung pasti akan jadi rebutan program hiburan Korea nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...