Ikuti Kami:

“Saya Sebenarnya Mabuk..” – Kim Yoojung Kongsi ‘Rahsia’ Di Sebalik Babak Dalam ’20th Century Girl’

“Saya Sebenarnya Mabuk..” – Kim Yoojung Kongsi ‘Rahsia’ Di Sebalik Babak Dalam ’20th Century Girl’

Masih tak hilang ya penangan filem “20th Century Girl”!

Baru-baru ini, teraju utama bagi filem hit Netflix, “20th Century Girl” hadir dalam sesi temu bual, “Who Confessed To Liking Kim Yoo-jung? 20th Century Girl Commentary”.

Menerusi sesi temu bual itu, teraju utama, Kim Yoo-jung, Byun Woo-seok, Park Jung-woo dan Noh Yoon-seo hadir bersama pengarah, Bang-woo. Mereka berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman di belakang tabir, prop yang digunakan serta maksud disebalik kamera dan pokok plum.byun wooseokApabila muncul babak adegan jelajah sekolah, Kim Yoo-jung berkata,

Kalau ada yang melihat babak itu secara lebih dekat, telinga saya sebenarnya sangat merah. 

Lalu, Byun Woo-seok mencelah,

Saya dengar… sebenarnya awak…

kim yoojungKemudian Kim Yoo-jung berkata,

Saya sebenarnya mabuk dalam babak itu dan sebab itu juga pengarah memuji kerana ia kelihatan ‘real’. 

20th centuryPengarah Bang turut menjelaskan,

Saya mahu babak itu kelihatan seperti mimpi. Bo-ra sedang mabuk dan agak berkhayal ketika itu, jadi saya mahu babak itu seolah-olah dia sedang bermimpi. Tingkap itu pula harus legap untuk menunjukkan cikgu yang sedang berjalan. Baru lah ia akan memberi ‘tension’ dan babak itu akan lebih menarik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...