Ikuti Kami:

“Saya ‘Pilih’ Dia…” – Kim Yoojung Luah Rasa Selesa Berlakon Dengan Ji Changwook

“Saya ‘Pilih’ Dia…” – Kim Yoojung Luah Rasa Selesa Berlakon Dengan Ji Changwook

Kim Yoo-jung meluahkan rasa selesanya ketika bergandingan bersama seorang pelakon lelaki.

Baru-baru ini, Kim Yoo-jung hadir di satu sesi temu bual mengenai filem “20th Century Girl” bersama gandingan pelakon yang lain.

Melihat kepada gandingannya bersama Byeon Woo-seok dan Park Jung-woo, Kim Yoo-jung ditanya antara kedua-dua jejaka tersebut, siapakah antara mereka yang paling hampir dengan ciri-ciri lelaki idamannya.

Saya belum pernah bergandingan bersama mereka sebelum ini, saya rasa, mungkin Park Jung-woo.

20th century girlKemudian, dia diminta untuk berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya. Kim Yoo-jung berkata,

Saya suka lelaki yang sederhana. Saya sukakan seseorang yang suka berkerja keras. Saya ada kesukaran dari segi pembentukkan diri kerana saya sudah berkerja sejak kecil dan saya sangat susah untuk hilang fokus. 

Saya rasa ianya adalah amat penting untuk berasa selesa dengan orang lain kerana saya sendiri sudah rasa berdikari.

Kim Yoo-jung menyambung,

Saya sebenarnya berasa kurang senang ketika melakukan penggambaran drama “20th Century Girl”. Jadi, saya terus mengekalkan jarak saya ketika berlakon dengan pelakon lelaki lain. 

kim yoojungNamun, sebaliknya dia berasa selesa jika berlakon bersama Ji Chang-wook.

Saya selesa berkerjasama dengan Ji Chang-wook. Saya banyak bergurau senda dengannya walaupun tidak melibatkan kerja. Ji Chang-wook pandai membuatkan orang selesa dengannya. 

Ji Chang-wook dengan semua orang dia senang berkawan….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...