Ikuti Kami:

“Dia Sebenarnya…” – Kim Yoojung Kongsi Pandangan Bawa Watak Sama Dengan Han Hyojoo

“Dia Sebenarnya…” – Kim Yoojung Kongsi Pandangan Bawa Watak Sama Dengan Han Hyojoo

Pelakon Kim Yoo-jung baru-baru berkongsi pendapatnya mengenai watak dalam “20th Century Girl”.

Mesti korang dah tengok drama Netflix “20th Century Girl” yang kini menjadi bualan ramai orang? Sedih kan ending dia…

Baru-baru ini, pelakon teraju utamanya, Kim Yoo-jung berkongsi pandangannya membawa watak secara ‘double’ di samping pelakon Han Hyo-joo.

“20th Century Girl” menceritakan mengenai satu pita video yang merakamkan kenangan pada tahun 1999, akhirnya diterima oleh Na Bo-ra di masa hadapan. kim yoojungKim Yoo-jung membawa watak Na Bo-ra ketika dia masih remaja, manakala Han Hyo-joo membawa watak itu ketika dia sudah menjangkau usia dewasa. Melihat kepada gandingannya bersama Han Hyo-joo, Kim Yoo-jung berkata,

Apabila saya mendengar bahawa Han Hyo-joo akan membawa watak ini, dan dia sangat senang dengan projek ini, saya sangat gembira! kami jarang berbual walaupun sering berjumpa sejak saya kecil lagi, jadi sekarang saya dapat bertemu dengannya secara sua muka dan berbual dengan lebih kerap. 

Dia juga menambah,

Saya mula berlakon sejak kecil, manakala Han Hyo-joo pun sudah berlakon sejak sekian lama. Jadi, apabila kami berpeluang untuk berbual, saya akan meminta pandangan atau nasihat daripadanya mengenai lakonan. Saya rasa macam saya ada seorang kakak yang saya boleh harapkan. Saya tak pernah rasa saya seiras dengan dia namun, bila selesai sahaja penggambaran, saya makin nampak keserasian kami.

han hyojooWalaubagaimanapun, Kim Yoo-jung turut berkata,

Walaupun saya tidak dapat berlakon dalam satu babak yang sama dengan Han Hyo-joo, saya akan berjumpa dengannya di set penggambaran setelah masing-masing selesai. Dia juga memesan kepada saya untuk berkongsi kesukaran dan kerisauan yang saya hadapi. Hadirnya Han Hyo-joo amat membantu saya. 

Muka dorang memang nak ada iras kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...