Ikuti Kami:

“Saya Rasa ‘Real’ ” – Kim Yoojung Ulas Watak Dalam Filem ’20th Century Girl’

“Saya Rasa ‘Real’ ” – Kim Yoojung Ulas Watak Dalam Filem ’20th Century Girl’

Tak sabar nak tengok filem terbaru lakonan Kim Yoo-jung!

Terbaru, pelakon itu hadir di satu sidang media bagi filem terbarunya “20th Century Girl”. Kim Yoo-jung turut hadir bersama beberapa lagi pelakon gandingannya, iaitu Byeon Woo-seok, Park Jung-woo dan Noh Yoon-seo. kim yoojungMenerusi sidang media tersebut, mereka diajukan soalan bagaimana perasaan mereka ketika menerima tawaran berlakon untuk filem ini. Lalu, Kim Yoo-jung menjawab,

Saya sangat seronok ketika mendapat skrip untuk drama ini dan saya terus menelitinya. Kali ini, saya senang apabila drama yang penuh emosi dan keseronokkan ini, akan menemui penonton. Saya juga sudah mendengar sendiri daripada pengarah bagaimana dia boleh mendapatkan idea untuk drama sebegini, dan saya terus mempunyai keinginan untuk terlibat dalam projek ini. 

Apabila ditanya mengenai watak yang akan dibawanya, Kim Yoo-jung berkata,

Bora, seorang kawan yang sangat baik. Dia mempunyai sisi yang lembut dan juga sangat setia kepada kawannya. Dia juga seorang rakan yang tahu apa yang dimahukan walaupun dia sendiri mengalami keidhupan yang penuh dengan liku dan cabaran hidup.

kim yoojungDia menambah,

Untuk watak kali ini, semestinya saya bawakan sisi watak yang berbeza. Bora adalah satu watak yang saya rasa, saya boleh sampaikan emosi watak tersebut dengan baik walaupun hanya melalui filem. Saya rasa ‘real’. Ada banyak babak yang sangat menenangkan untuk ditonton dan saya sudah letakkan usaha yang sehabis baik untuk memegang watak ini. 

Tak sabar lah nak tengok lakonan Kim Yoo-jung kali ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...