Ikuti Kami:

“Saya Sayangkan Awak!” – Papar Hubungan Mesra, Keakraban Kim Hyesoo & Jo Insung Dipuji Ramai

“Saya Sayangkan Awak!” – Papar Hubungan Mesra, Keakraban Kim Hyesoo & Jo Insung Dipuji Ramai

Perbualan telefon diantara Kim Hye-soo dan Jo In-sung yang penuh mesra telah mendapat perhatian ramai.

Pada 28 Disember, episod terbaru bagi “Unexpected Business 3” yang menunjukkan hari kelima perniagaan mereka di California telah ditayangkan.

Di kala penonton sedang leka menonton para ahli menikmati Sikhye (air beras manis Korea), perbualan telefon diantara Jo In-sung dan Kim Hye-soo telah menarik perhatian ramai.

Perbualan tersebut bermula dengan Kim Hye-soo yang bertanyakan mengenai kesihatan Jo In-sung.

Katanya,

In-sung! Macam mana keadaan awak sekarang? Saya dengar yang hari itu awak tidak sihat?

Jo In-sung kemudiannya telah menyatakan bahawa dia sudah sembuh seperti sedia kala dan kedua-dua pelakon tersebut meneruskan perbualan mereka.

Namun di akhir perbualan telefon tersebut, Kim Hye-soo dengan mesra telah berkata,

Sayang! Saya sayangkan awak.

jo in sung

Jo In-sung membalas,

Saya pun sayangkan awak juga!

Berasa tidak percaya, Kim Hye-soo telah mengusik pelakon tersebut sebelum Jo In-sung menekankan bahawa dia benar-benar menyanyangi pelakon wanita itu dan panggilan mereka diakhiri dengan gelak ketawa.

Comel kan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...