Ikuti Kami:

Dikritik Penonton Kerana Pengotor, Pihak Produksi ‘Unexpected Business 3’ Tampil Beri Penjelasan

Dikritik Penonton Kerana Pengotor, Pihak Produksi ‘Unexpected Business 3’ Tampil Beri Penjelasan

Pihak produksi tampil beri permohonan maaf atas isu yang tular baru-baru ini.

Rancangan “Unexpected Business 3” merupakan rancangan hiburan di mana pelakon terkenal Jo In-sung serta Cha Tae-hyun menjalankan perniagaan di sebuah pasar raya kecil di sebuah bandar yang tenang. Di mana bagi musim ketiga, rancangan ini menunjukkan situasi para pelakon tersebut menjalankan perniagaan di sebuah kedai yang terletak di California.
Namun, baru-baru ini satu babak di dalam rancangan itu telah dikecam serta dikritik oleh penonton. Di mana di dalam babak tersebut, pelakon-pelakon tersebut didapati menyediakan makanan tanpa memakai topeng muka.
Pada 10 November, pihak produksi rancangan itu telah mengeluarkan satu kenyataan.
Mereka berkata,

Pasukan produksi bagi rancangan ‘Unexpected Business 3’ telah menerima pelbagai aduan yang dihantar oleh penonton selepas siaran baru-baru ini.

Memandangkan ‘Unexpected Business 3’ telah dijalankan di sebuah restoran, kami sepatutnya memberi perhatian yang lebih teliti terhadap kebersihan. Namun, terdapat kekurangan seperti pemakaian topeng telah menimbulkan kebimbangan kepada penonton.

unexpected business 3
Tambahnya,

Kami ingin memohon maaf mengenai perkara ini. Kami juga ingin menjelaskan bahawa ini ialah sepenuhnya kesalahan dari pihak produksi.

Tidak berhenti di situ, mereka menambah,

Semua kandungan bagi musim ini di filemkan di Amerika Syarikat. Jadi, kami berusaha untuk mematuhi peraturan kebersihan tempatan namun, kami percaya bahawa kami telah terlepas pandang perkara asas yang penting. Kami mohon maaf sekali lagi.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...