Setelah lama menanti, musim kedua “Squid Game” akhirnya telah pun ditayangkan dan berjaya mencatat rekod hebat di carta Netflix.
Sama seperti musim pertama, musim kedua siri ini juga turut mengikuti pelakon bermain beberapa permainan tradisional Korea Selatan dan cuba sedaya upaya untuk terus kekal hidup.
Terbaru dalam video yang dikeluarkan Netflix, beberapa pelakon seperti Park Sung-hoon, Kang Ha-neul dan Yang Dong-geun berpeluang untuk bermain permainan tradisional Malaysia.
Menarik perhatian, hanya Park Sung-hoon yang berjaya untuk bermain Batu Seremban manakala Yang Dong-geun dan Kang Ha-neul pula masing-masing tidak berjaya dengan permainan Sepak Takraw dan Guli Panjang namun, tetap teruja dapat mencuba permainan tradisional Malaysia.
Malahan, Park Sung-hoon juga sempat meluahkan perasaannya sebelum video berakhir,
Saya sayang Malaysia.
Takpe, kitorang pun bukan selalu menang kalau main semua permainan ni!