Ikuti Kami:

“Bukan Dalam Skrip Ni” – Penonton Terhibur Lihat T.O.P Buat Tarian Lagu Taeyang ‘Ringa Linga’ Dalam ‘Squid Game 2’

“Bukan Dalam Skrip Ni” – Penonton Terhibur Lihat T.O.P Buat Tarian Lagu Taeyang ‘Ringa Linga’ Dalam ‘Squid Game 2’

Mesti ramai kan yang dah habis layan “Squid Game” musim kedua?

Selain pelakon dari musim pertama, ramai juga pelakon baru yang turut menyertai dalam musim kedua drama ini termasuklah T.O.P bekas ahli BIGBANG.

Setelah lama menyepi dalam dunia lakonan, T.O.P tampil dengan wataknya sebagai Thanos iaitu seorang penyanyi rap yang sudah bersara dan kehilangan semua wang yang dia telah laburkan.

Meskipun geram dengan wataknya yang jahat dan menyakitkan hati, ramai terhibur dengan satu adegan di mana Thanos sepertinya melakukan tarian untuk lagu Taeyang “Ringa Linga”, ketika muzik berbunyi “ringa linga ling” dimainkan dalam salah satu permainan.

Komen penonton,

  • Macam bukan dalam skrip je ni sebab pelakon lain pun tergelak tengok dia!
  • Dia yang paling chill main game dalam drama ni.
  • Geram tapi kelakar tengok watak dia ni.
  • T.O.P dan BIGBANG selamanya!

Terhibur betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...