Dikecualikan Dalam Senarai Pelakon, Ramai Persoal Sebab Wajah T.O.P Tiada Dalam Poster Rasmi ‘Squid Game 2’
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Selain menerima respon negatif dari segelintir netizen, wajah T.O.P disunting keluar pula dari poster “Squid Game 2”?
Susulan tayangannya pada 26 Disember nanti, Netflix telah mengeluarkan poster rasmi untuk “Squid Game 2”, menambahkan lagi keterujaan penonton.
Namun, persoalan yang menjadi tanda tanya adalah ketiadaan T.O.P dalam poster dan senarai pelakon rasmi, meskipun sebelum ini telah diumumkan bahawa lelaki itu akan membintangi drama tersebut.
Malah, dia juga turut muncul dalam video teaser yang dikeluarkan.

Walaupun tiada respon dari pihak Netflix setakat ini, ramai menebak bahawa wajah T.O.P mungkin tidak diletakkan dalam poster rasmi kerana penglibatannya dengan isu dadah sebelum ini.
Hmm kenapa agaknya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




