Sepertinya ramai peminat “Running Man” yang mengharapkan agar Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo benar-benar menjalinkan hubungan cinta.
Beberapa hari ini, pelakon wanita itu telah menghadiri acara ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia yang berlangsung di Sentul Depot.
Sebagai duta jenama kecantikan Glutanex, Song Ji-hyo telah menghadiri acara itu untuk memberikan sokongan sebagai tetamu istimewa. Malah dia turut mengadakan aktiviti menarik selain turut melayan permintaan peminat yang datang untuk menemuinya.
Antara yang menarik perhatian ramai ialah apabila pelakon wanita tersebut menjawab soalan mengenai Kim Jong-kook. Jerit peminat,
Mana Kim Jong-kook?
help💀😭
🔗https://t.co/qMXRcGUgxW#jihyoxglutanex #songjihyoinkl #watsonskbeautyfesta #SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/DLurGaxgPJ
— el ❖ 송지효 (@elleigh_sjh) March 17, 2023
Jawabnya tertawa,
Dia di rumah.
Pada hari yang lain, ada peminat lain yang mengatakan bahawa dia menyukai lelaki berbadan sasa itu. Balasnya selamba,
Saya juga menyukai Kim Jong-kook tapi.. sebagai keluarga. Jangan salah faham, hanya sebagai keluarga.
help💀😭
🔗https://t.co/qMXRcGUgxW#jihyoxglutanex #songjihyoinkl #watsonskbeautyfesta #SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/DLurGaxgPJ
— el ❖ 송지효 (@elleigh_sjh) March 17, 2023
Pandai Song Ji-hyo melayan peminat!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉