Ikuti Kami:

“Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya” – Kongsi Foto Kaki Anak, Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

“Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya” – Kongsi Foto Kaki Anak, Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

Menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada November lalu, pasti ramai yang teruja ingin lihat wajah anak Hyunbin dan Son Ye-jin, kan?

Terbaru pada 24 Disember, Son Ye-jin telah berkongsi foto kaki anaknya di laman Instagram sambil meluahkan perasaannya selepas menjadi seorang ibu kini.

Pelakon itu menulis kapsyen,

Selamat Hari Natal. Seperti yang anda tahu, kehidupan yang berharga kepada kami telah dilahirkan. Saya sangat menyedari bahawa kasih sayang dan bantuan ikhlas ramai orang diperlukan untuk kehidupan yang akan dilahirkan, dan saya ingin menyampaikan isi hati saya kepada mereka yang saya syukuri.

Tulis Son Ye-jin lagi,

Saya bimbang tentang bayi yang dilahirkan lebih awal sedikit daripada jangkaan, tetapi sebaliknya, saya dapat cuba bersalin secara semula jadi dan bersyukur berjaya melahirkan anak secara semula jadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Kemudian, Son Ye-jin turut berkongsi perasaannya selepas menjadi seorang ibu kepada cahaya mata lelakinya,

Saya rasa saya akhirnya menjadi dewasa selepas mempunyai anak. Apabila saya bertemu orang yang saya sayangi lebih daripada diri saya sendiri, saya berasa tidak berdaya lagi namun, cukup kuat untuk melakukan apa sahaja pada masa yang sama.

Bukan itu sahaja, selepas menyatakan rasa terima kasihnya kepada peminat dan orang di sekelilingnya, Son Ye-jin tidak lupa untuk meninggalkan mesej kepada suaminya Hyunbin, dengan berkata,

Terima kasih kerana berubah menjadi landak hari demi hari sepanjang proses ini bersama-sama.

Gambar kaki je pun dah comel ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...