Ikuti Kami:

“Bahu Saya Terasa Berat..” – Hyunbin Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

“Bahu Saya Terasa Berat..” – Hyunbin Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin baru saja menyambut kelahiran anak sulung mereka pada November lalu.

Terbaru, Hyunbin telah menghadiri sidang akhbar untuk filemnya “The Point Men” akan datang, dan turut dihadiri pelakon lain seperti Hwang Jung-min serta Kang Ki-young.

Ketika sesi temu bual, Hyunbin mengimbas kembali wataknya dalam filem “The Negotiation” yang menemukannya dengan Son Ye-jin. Dia berkata,

Saya adalah penjahat dalam filem itu.

Kemudian, Hwang Jung-min secara berseloroh bertanya,

Bukankah awak dan Son Ye-jin sedang bercinta ketika itu?

Jawab Hyunbin,

Tidak. Kami belum bercinta lagi ketika itu.

hyunbin the point men

Selain itu, Hyunbin juga turut ditanya tentang perubahan yang berlaku kepadanya selepas menjadi bapa baru-baru ini. Dia berkongsi,

Tiada apa-apa yang berubah tentang cara saya mendekati watak dalam filem ini. Sekarang, bahu saya terasa semakin berat. Sebagai ketua keluarga, jika saya mahu menunjukkan imej seorang bapa yang hebat, saya fikir saya perlu menjalankan tugas saya dengan baik.

Dalam pada itu, “The Point Men” adalah filem mengenai operasi menyelamat dan rundingan yang dijalankan oleh seorang diplomat dan ejen Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS), yang berjuang dan mempertaruhkan nyawa mereka di Afghanistan bagi menyelamatkan tebusan Korea yang telah diculik di Timur Tengah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...