Utama K-Pop “Saya Sangat Rindukan Dia..” – KARA Menangis Mengenangkan Mendiang Gu Hara

“Saya Sangat Rindukan Dia..” – KARA Menangis Mengenangkan Mendiang Gu Hara

KARA

Umum pasti mengetahui bahawa KARA telah membuat kemunculan semula buat kali pertama sebagai kumpulan penuh, selepas hampir 7 tahun.

Selepas promosi terakhir mereka untuk lagu “When I Move”, semua ahli KARA iaitu Seung-yeon, Gyu-ri, Nicole, Ji-young dan Young-ji, telah mengadakan acara perjumpaan bersama peminat.

Di acara itu, semua ahli berkongsi perasaan mereka tentang kemunculan semula yang ditunggu-tunggu dan turut meluahkan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari peminat. Pada awalnya Seung-yeon berkata,

Sejujurnya, saya meragui kemunculan semula ini akan berkesan. Saya fikir lagu-lagu itu akan tersekat dalam ‘pendrive’ saya dan tidak akan dikeluarkan. Tetapi, ramai orang membantu kami. Saya tahu ini telah menjadi perjuangan untuk ahli saya juga dan saya benar-benar berterima kasih kepada mereka kerana melakukan perkara ini.

Kemudian, Seung-yeon turut berterima kasih kepada peminat,

Untuk peminat kami yang tidak berbelah bahagi, yang menunjukkan cinta yang tidak berkesudahan, saya terhutang budi. Anda adalah sebab kami dapat berkumpul seperti ini dan mencari kebahagiaan semula. Walaupun saya tidak pasti tentang kemunculan semula ini dan sentiasa ragu-ragu, anda menyokong saya.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, peminat percaya bahawa Seung-yeon merujuk kenyataan ini kepada ahli mendiang Gu Ha-ra. Luah Seung-yeon sambil menangis,

Saya… sangat merindui dia. Sangat merinduinya sehingga saya fikir saya tidak akan dapat melakukan ini lagi. Tetapi saya meneruskan sambil mempercayai bahawa dia bersama kami, melakukan ini bersama-sama.

Semoga ahli KARA kekal tabah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...