Utama K-Pop “Inilah K-Pop Sebenar” – Persembahan Reunion KARA Di Anugerah MAMA Buat Peminat...

“Inilah K-Pop Sebenar” – Persembahan Reunion KARA Di Anugerah MAMA Buat Peminat Beremosi!

KARA

KARA akhirnya kembali!

Pada 29 November, telah berlangsungnya majlis anugerah ‘Mnet Asian Music Awards 2022 (MAMA)’ yang diadakan di Jepun. Ianya dihadiri kumpulan seperti IVE, ENHYPEN, TXT, NewJeans dan ramai lagi.

Paling dinantikan, kumpulan KARA yang membuat kemunculan semula setelah sekian lama pada hari yang sama, turut tampil di acara berkenaan bagi menemui peminat sebagai kumpulan penuh Gyu-ri, Seung-yeon, Nicole, Ji-young dan Young-ji.

Kembali ke pentas selepas 7 tahun, KARA telah mempersembahkan lagu-lagu hit mereka bermula dengan “Lupin”, “Step” dan “Mister”. Kemudian, mereka memeriahkan lagi pentas dengan lagu baru “When I Move” buat kali pertama.

KARA

Meskipun sudah lama tidak membuat persembahan, visual dan kemahiran nyanyian serta tarian KARA telah menjadi bualan ramai dek aura mereka yang masih kuat!

Selain itu, peminat juga turut berasa nostalgia dengan penampilan KARA, memandangkan mereka adalah antara kumpulan K-Pop generasi kedua yang amat popular. Antara komen yang ditulis peminat:

Mereka masih sangat bagus.

 

Ini adalah lagu-lagu yang saya dengar ketika membesar jadi ia membuatkan saya rasa sangat emosional.

 

Saya tidak dapat menahan diri saya daripada menangis.

 

Inilah yang dipanggil K-Pop.

KARA kekal sebagai kumpulan K-Pop legend!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMK Sports
Loading...