Ikuti Kami:

“Saya Sangat Gembira” – Lisa BP Sambut Hari Lahir Ke-26 Bersama Peminat Di Filipina

“Saya Sangat Gembira” – Lisa BP Sambut Hari Lahir Ke-26 Bersama Peminat Di Filipina

Nampaknya, Lisa BLACKPINK sambut ulang tahun kelahirannya dengan BLINKS lah!

Terbaru, ahli termuda BLACKPINK iaitu Lisa telah meraikan hari lahirnya yang ke-26 semasa konsert jelajah dunia “BORN PINK” kumpulan itu di Filipina, dan peminat turut menyanyikan lagu hari lahir kepada idola itu.

Selepas menyanyikan lagu tersebut, Lisa kelihatan jelas tersentuh dan beremosi sambil mengucapkan terima kasih kepada ahli yang lain dan peminat atas sambutan mengejut itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Kemudian, Lisa turut memuat naik gambarnya bersama kek hari jadi dan mengucapkan terima kasih kepada peminat menerusi laman Instagram. Tulisnya,

Ini semua memang hebat Manila!
Saya sangat gembira dapat meraikan pra-hari lahir saya bersama-sama dengan BLINKS❣️

Selamat hari lahir Lisa!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...