Ikuti Kami:

“Nampak Ngantuk Pun Comel” – Wajah Baru Bangun Tidur Lisa BLACKPINK Jadi Perhatian

“Nampak Ngantuk Pun Comel” – Wajah Baru Bangun Tidur Lisa BLACKPINK Jadi Perhatian

Sering tampil glamour di khayalak ramai, penampilan Lisa BLACKPINK baru-baru ini di Taiwan telah menjadi bualan ramai.

Pada 20 Mac, Lisa telah menarik perhatian ramai dengan wajahnya pada waktu pagi, ketika di lapangan terbang Taiwan untuk pulang ke Korea, selepas konsert jelajah dunia kumpulan itu di sana.

Khususnya dalam gambar yang dikongsi, Lisa dilihat melambai ke arah wartawan meskipun dalam keadaan mengantuk dan penat. Tambahan pula, penyanyi itu tetap tampil dengan visualnya yang sempurna dan memaparkan lagi wajahnya yang ‘baby face’ walaupun tanpa memakai solekan.

blackpink lisa

Selain itu, netizen juga turut memuji penampilan santai Lisa itu dengan menulis komen seperti,

Walaupun tak pakai make-up, Lisa boleh nampak cantik macam ni.

 

Siapa yang kacau dia tidur? Comel sangat tau!

 

Nampak ngantuk pun tetap comel Lisa ni.

Lisa macam mana pun tetap cantik, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...