Ikuti Kami:

Meski Dah Keluar YG, Daesung BIGBANG Setia Beri Sokongan Buat Lisa BLACKPINK

Meski Dah Keluar YG, Daesung BIGBANG Setia Beri Sokongan Buat Lisa BLACKPINK

Meskipun sudah tidak bernaung di bawah YG Entertainment lagi namun, Dae-sung BIGBANG masih setia memberi sokongan buat ‘adik’nya iaitu Lisa BLACKPINK.

Terbaru pada 13 Mac, Dae-sung telah memuat naik video baru di YouTube peribadinya bertajuk “D’s Wine | Chivas Regal Lisa Edisi Terhad”, di mana penyanyi lelaki itu mencuba minuman alkohol yang dipromosikan oleh Lisa.

Ketika ingin membuka botol wiski Chivas Regal itu, Dae-sung berkata,

Apa yang saya minum hari ini bukanlah wain tetapi wiski. Rakan saya tahu saya peminat BLACKPINK dan memberikannya kepada saya. Ia sangat istimewa.

Kemudian, ahli BIGBANG itu turut menunjukkan tandatangan Lisa di botol wiski tersebut sambil menjelaskan,

Awak boleh melihat sesuatu yang mewah iaitu tandatangan Lisa. Saya rasa autograf Lisa bewarna merah jambu kerana dia ahli BLACKPINK.

Bukan itu sahaja, apabila sudah minum wiski tersebut, Dae-sung secara berseloroh berkata bahawa Lisa seolah-olah berada di depan matanya,

Rasanya luar biasa. Saya menutup mata dan merasainya. Ia seperti menonton persembahan hebat Lisa di depan mata saya. Lisa sedang menari dan menyanyi di hadapan saya. Saya boleh faham kenapa Lisa jadi model Chivas Regal.

Sambil minum minuman itu, Dae-sung turut menggerakkan badannya dengan teruja sambil menyanyikan lagu “DDU-DU DDU-DU” dan “LALISA”.

Supportive sangat Dae-sung ni tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...