Ikuti Kami:

“Saya Sangat Beruntung” – Bintangi 2 Drama Hit Netflix Secara Berterusan, Lee Yoomi Beri Respon

“Saya Sangat Beruntung” – Bintangi 2 Drama Hit Netflix Secara Berterusan, Lee Yoomi Beri Respon

Lakonan Lee Yoo-mi memang tak dinafikan mampu memberi kesan hebat buat penonton, kan?

Pelakon Lee Yoo-mi merupakan bintang yang semakin meningkat naik apabila dia telah mengambil bahagian dalam dua siri hit Netflix di seluruh dunia, iaitu “Squid Game” dan “All of Us Are Dead”. Lakonannya memang terbukti meninggalkan kesan yang kuat dan memperoleh pengiktirafan daripada penonton di seluruh dunia.

Pada separuh pertama 2021, Lee Yoo-mi telah mencuri hati penonton dengan wataknya sebagai ‘Ji-young’ iaitu seorang yang berani dan baik hati dalam “Squid Game”. Beberapa bulan selepas itu, dia kembali dengan watak baharu ‘Na-yeon’, mempunyai peribadi yang amat kontra dari projeknya sebelum ini, iaitu seorang yang hanya memikirkan diri sendiri dan sering menimbulkan kekecohan dalam siri “All Of Us Are Dead”.

lee yoomi squid game all of us are dead

Juga dimaklumkan bahawa penggambaran bagi “Squid Game” dan “All of Us Are Dead” dilakukan pada waktu yang sama. Pelakon itu mendedahkan bahawa dia mempunyai masa yang agak sukar untuk berulang-alik untuk penggambaran, dengan dua watak yang bertentangan. Namun menurutnya, kedua drama itu amat dekat di hatinya.

Ia adalah karya yang paling lama saya tunggu. Saya lebih bertuah daripada apa yang saya sangkakan. Saya berasa sangat gembira kerana kedua-dua karya itu diterima baik oleh semua orang.

Ketika ditanya tentang peranan lakonan yang ingin dilakukannya pada masa hadapan, Lee Yoo-mi menjawab sambil ketawa,

Saya mahu melakonkan watak yang tidak mudah mati.

Memandangkan dua karyanya sebelum ini tertumpu kepada kelangsungan hidup, dia terpaksa memainkan watak yang sentiasa perlu berlari untuk hidup mereka. Oleh itu, dia berharap agar watak yang dipegangnya pada masa hadapan, akan dapat hidup dengan lama.

lee yoomi

Teruja untuk lihat Lee Yoo-mi dengan karya baharunya di masa hadapan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...