“Geram!” – Jadi Antagonis Dalam ‘All Of Us Are Dead’, Bakat Lakonan Versatil Lee Yoomi Dipuji
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Tuah Lee Yoo-mi nampaknya terus bergolek apabila siri keduanya bersama Netflix turut menemui kejayaan yang mengagumkan.
Selepas “Squid Game”, “All Of Us Are Dead” turut menerima perhatian penonton seluruh dunia hingga berjaya menduduki tangga pertama di ranking global Netflix.
Pencapaian hebat itu merupakan sesuatu yang membanggakan buat Lee Yoo-mi memandangkan dia muncul di dalam kedua-dua naskhah berkenaan. Anak Netflix!

Walaupun membawa watak yang kasihan dalam “Squid Game” iaitu Ji-yeong yang kekurangan kasih sayang dan daif, Lee Yoo-mi melakukan transformasi 180 darjah kepada antagonis yang menyakitkan hati, Na-yeon di dalam “All Of Us Are Dead”.
Meskipun wataknya kecil kalau nak dibandingkan dengan yang lain, namun dia mampu menarik perhatian ramai selain menerima ‘sumpah seranah’ dari penonton dek penyampaian yang realistik sebagai seorang yang pentingkan diri.

Antara komen penonton:
Geramnya, dia memang pandai berlakon.
Setiap kali melihatnya, saya merasakan seperti akan menghidapi kanser.
Saya sedang menonton dan rasa seperti nak mati apabila melihatnya.
Dalam pada itu, Lee Yoo-mi bakal muncul sebagai heroin drama sukan iaitu “Mental Coach Je Galgil”.
Lakonan Lee Yoo-mi sentiasa ‘menjadi’ kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




