Ikuti Kami:

“Saya Risau..” – Melawak Isu Suami Curang Hingga Bercerai, Hwang Jungeum Menangis Disokong Ramai

“Saya Risau..” – Melawak Isu Suami Curang Hingga Bercerai, Hwang Jungeum Menangis Disokong Ramai

Sepertinya Hwang Jung-eum nekad tidak mahu terikat dengan isu penceraian yang sedang melandanya kini.

Kelmarin, pelakon wanita itu telah hadir ke “SNL Korea” sebagai hos jemputan di mana dia menyertai beberapa sketsa yang sesuai dengan gaya program itu. Di awal episod, hos Shin Dong-yup bertanya,

Awak datang pada waktu yang agak pelik dan ramai mempunyai soalan pada awak.

Seloroh Hwang Jung-eum mengenai situasinya,

Saya merasakan ramai yang menyukai drama yang saya lakonkan. Saya mempunyai mata pada kerja, namun tak pada lelaki.

Lebih mengejutkan apabila dia menjerit,

Saya dah bersedia untuk bercerai!

hwang jungeum

Sepanjang episod itu, mereka menayangkan sketsa di mana semuanya terus berseloroh mengenai isu penceraian dan curang suaminya, Lee Young-don. Tak cukup dengan itu, mereka turut memainkan lagu bekas kekasih Hwang Jung-eum iaitu Kim Young-joon dari SG Wannabe di mana wanita itu turut sama-sama tertawa mengenainya.

Ketika penutup, Shin Dong-yup mengakui bahawa Hwang Jung-eum tidak berada di tempat yang baik buat masa ini. Mungkin terlepas dari beban kini, wanita itu tidak dapat menahan air mata dan memberikan ucapan akhir,

Saya risau sangat. Saya risau apa yang saya boleh lakukan di pentas ini atau adakah semua akan menyambut dan menepuk tangan buat saya. Saya berasa sangat gementar kerana ini kali pertama saya berada di tempat seperti ini.

hwang jungeum

Hwang Jung-eum turut mengucapkan terima kasih buat Shin Dong-yup dan kru “SNL Korea” serta penonton di set kerana memberikan sokongan tak terhingga sepanjang program itu.

Terus kuat Hwang Jung-eum!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...