Ikuti Kami:

“Cerai Tu Cerai Lah..” – Hwang Jungeum Ulas Isu Peribadi Ganggu Promosi ‘Resurrection Of The Seven’

“Cerai Tu Cerai Lah..” – Hwang Jungeum Ulas Isu Peribadi Ganggu Promosi ‘Resurrection Of The Seven’

Bukan senang apabila isu peribadi menjadi perhatian ramai…

Terbaru, Hwang Jung-eum memberikan sepatah dua kata mengenai isu penceraiannya ketika sidang media untuk drama “Resurrection Of The Seven”,

Saya minta maaf buat pelakon dan staf kerana menyebabkan kesusahan sebelum drama ditayangkan di mana kami mengambil masa dua tahun mencurahkan tenaga untuk menyiapkannya dek isu peribadi. Jadi, saya ingin memohon maaf di sini.

hwang jungeum

Tambahnya,

Kerja ialah kerja, berlakon ialah berlakon, dan hal peribadi ialah hal peribadi. Tak kira apa pun, kami perlu memberikan fokus pada kerja utama, jadi kami tak memikirkan mengenainya langsung. Kami memberikan folus kepada tanggungjawab utama dengan konsentrasi kerja yang lebih tinggi dan menyelesaikannya dengan baik.

Sebelum ini, Hwang Jung-eum mendedahkan dia dalam proses penceraian kali kedua bersama Lee Young-don dan memberikan klu di ruangan komen Instagram miliknya seperti lelaki itu curang dan melakukan kesalahan lain.

Benda dah jadi kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...