Ikuti Kami:

“Saya Risau Jika Nampak Bodo*..” – Risau Pandangan Orang Lain, Yoo Jaesuk Pujuk Jeon Somin

“Saya Risau Jika Nampak Bodo*..” – Risau Pandangan Orang Lain, Yoo Jaesuk Pujuk Jeon Somin

Seperti abangnya sendiri, Jeon So-min dilihat meluahkan kerisauan yang membelenggunya pada Yoo Jae-suk.

Menerusi bahagian kedua episod ‘Seperti Biasa, Keluarga Ialah Alasan’ di DdeunDdeun, Jeon So-min telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Semasa dia, Yoo Jae-suk, Jo Se-ho dan Lee Mi-joo berbincang mengenai usia tua, pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia terfikir sama ada perlu berubah apabila sudah meningkat usia kelak.

Balas Yoo Jae-suk,

Sebagai manusia, kita ada asas akhlak, budi bahasa, dan saling menghormati antara satu sama lain. Selain daripada asas yang awak perlu ikuti, sebenarnya kita tak perlu terperangkap dengan ‘berperangai ikut usia’. Apa masalah, pakai sahaja apa yang awak mahukan.

jeon somin yoo jaesuk

Tambahnya,

Kadang kala, kita terbaca komen ‘Awak nampak berusia’. Biasalah nampak tua bila awak dah tua. Saya tak pasti jika frasa ‘berlagak mengikut usia’ adalah yang sepatutnya, tapi saya tak setuju sekiranya kita perlu bertindak mengikut umur.

Selit Jeon So-min,

Tapi saya risau jika imej saya kelihatan bodoh.

jeon somin yoo jaesuk

Yoo Jae-suk kemudiannya memujuk dan mengatakan bahawa wanita itu seharusnya bebas daripada terlalu memikirkan mengenai pandangan orang lain.

Bestnya ada abang macam Yoo Jae-suk.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...