Ikuti Kami:

“Saya Rasa Tak Selesa” – IU Dedah Sebab Tidak Boleh Buat Panggilan Telefon Yang Panjang

“Saya Rasa Tak Selesa” – IU Dedah Sebab Tidak Boleh Buat Panggilan Telefon Yang Panjang

Disebalik personaliti yang baik dan cantik, rupanya IU juga mempunyai ketakutannya yang tersendiri.

Terbaru, IU telah menjemput Yoo In-na sebagai tetamu dalam rancangan bual bicaranya bertajuk “IU’s Palette: We Will Be Happier with Yoo In-na”.

Dalam video temu bual tersebut, dua wanita itu sedang bermain permainan yang diberi nama telepati. Apabila ditanya soalan tentang berapa lama panggilan telefon yang mereka pernah lakukan, Yoo In-na menjawab hanya 3 minit.

Hal ini kerana, IU merasakan ianya sukar untuk membuat panggilan telefon yang panjang.

Saya merasa sukar untuk mempunyai panggilan telefon yang panjang. Tetapi awak lebih suka mempunyai panggilan telefon, In-na.

IU's Palette

Respon Yoo In-na mengimbas kembali kenangannya bersama penyanyi itu,

Awak dan saya agak jauh berbeza sikit dimana saya rasa awak sukar untuk membuat panggilan telefon yang panjang.

IU dedah bahawa dia rasa tak selesa untuk membuat panggilan telefon untuk masa yang lama.

Saya merasa sukar untuk membuat panggilan telefon yang panjang dalam satu sesi. Walaupun saya ada membuat panggilan dengan ibu saya, saya merasa tidak selesa. Panggilan telefon yang saya rasa boleh dipercayai dan rasa selesa untuk bercakap adalah pengurus saya.

Tambahnya lagi,

Saya juga merasa tidak selesa untuk membuat panggilan panjang dengan awak, In-na. Terus terang, tiada siapa yang boleh menghubungi saya lama-lama.

Harap IU dapat atasi masalah ketakutannya itu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...