Ikuti Kami:

“Saya Tak Nak Guna Nama Lee Jieun Dah..” – IU

“Saya Tak Nak Guna Nama Lee Jieun Dah..” – IU

Sepertinya IU ada pengumuman penting buat peminatnya.

Bakal muncul dalam filem terbaru arahan Lee Byung-hun iaitu “Dream”, penyanyi kesayangan ramai itu telah membuat penampilan di sidang media naskhah itu bersama Park Seo-jun.

Seperti yang diketahui semua, IU ialah nama pentasnya manakala Lee Ji-eun ialah nama sebenar merangkap nama yang digunakan ketika aktif sebagai pelakon.

lee jieun iu

Meskipun ianya biasa dipraktikkan oleh selebriti dalam industri seni Korea, namun dia meletakkan noktah kepada penggunaan nama itu kini,

Apabila saya aktif berlakon, saya menggunakan nama Lee Ji-eun dalam kredit nama pelakon. Tapi semua tetap memanggil saya sebagai IU. Saya merasakan ramai yang keliru. Saya bekerja sebagai penyanyi secara berterusan dan jika saya ialah IU pada Mac namun Lee Ji-eun ketika Mei, mungkin wartawan dan peminat akan keliru lantas saya mahu menggabungkan keduanya sebagai IU kerana saya ialah seorang sahaja!

Lebih mudah kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...