Ikuti Kami:

“Saya Rasa Sunyi Tapi..” – Lee Dongwook Luah Kerisauan Untuk Berkahwin Atas Sebab Ini

“Saya Rasa Sunyi Tapi..” – Lee Dongwook Luah Kerisauan Untuk Berkahwin Atas Sebab Ini

Agak-agaknya bilakah Lee Dong-wook akan menamatkan zaman bujangnya?

Terbaru pada 25 Julai, Lee Dong-wook telah muncul dalam program YouTube “Salon Drip”, bersama pengacara Jang Do-yeon.

Khususnya dalam siaran itu, Lee Dong-wook ada berkongsi pandangannya mengenai urusan kerja rumah dalam sebuah perkahwinan. Dia berkata pada awalnya,

Walaupun saya berkahwin, saya akan uruskan semuanya. Saya mempunyai cara saya sendiri untuk melakukan kerja rumah dan saya akan berasa tidak selesa apabila orang lain melakukannya secara berbeza.

Tambah pelakon lelaki itu lagi,

Ini adalah pendapat peribadi saya. Saya fikir kerja rumah sepatutnya dilakukan oleh lelaki. Ia memerlukan kekuatan, jadi lebih baik untuk lelaki yang lebih kuat untuk mengendalikannya.

Bukan itu sahaja, Lee Dong-wook yang berusia 42 tahun kini turut mendedahkan bahawa dia pernah berasa sunyi kerana masih belum berkahwin,

Kadang-kadang saya berasa sunyi, tetapi saya tertanya-tanya sama ada saya boleh bercinta atau berkahwin dengan seseorang. Memandangkan saya lebih banyak masa bersendirian dan semakin selesa seperti itu, saya tertanya-tanya sama ada saya boleh menerima sepenuhnya kesulitan yang datang dengan berkongsi ruang dan masa saya dengan orang lain.

Akhir sekali, lelaki itu memberitahu bahawa dia rasa cemburu melihat rakan-rakannya yang sudah berkahwin.

Semoga ada jodoh yang sesuai buat Lee Dong-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...